Kelas Keusahawanan Shopee: Dekorasi Kedai
29 September 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Keusahawanan Shopee diadakan pada hari Rabu, 28 September 2022. Kelas Keusahawanan Shopee ini diadakan bagi memberi bimbingan kepada usahawan tempatan tentang cara mendekorasi kedai Shopee mereka. Selain itu, tujuan kelas ini turut diadakan supaya usahawan lebih mahir tentang cara memuat naik, menyusun gambar dan video promosi dekorasi untuk kedai Shopee.
Kelas Keusahawanan Shopee yang berlangsung menerusi Google Meet, selama 1 jam ini bermula dari pukul 9.30 pagi disertai oleh 1 orang dewasa. Kelas dimulai dengan menjelaskan tentang ciri-ciri terbaru yang terdapat dalam Shopee kepada usahawan. Seterusnya, usahawan dijelaskan tentang kepentingan dekorasi kedai yang menarik dan interaktif membantu dalam meningkatkan jualan usahawan dalam Shopee. Staf PEDi kemudian membimbing usahawan dalam pemilihan templat hiasan kedai yang sesuai dan menarik untuk kedai Shopee usahawan. Staf PEDi turut menunjukkan cara-cara memuat naik gambar dan video promosi ke dalam templat yang telah dipilih. Kelas tamat pada pukul 10.30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: