Forum bersempena sambutan Girls in ICT 2022: Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Bidang STEM
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniForum bersempena sambutan Girls in ICT 2022 dengan tajuk Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia dalam Bidang STEM ini diadakan pada 27 Julai 2022.
Forum ini merupakan sesi perkongsian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM). Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat. Forum yang berlangsung secara atas talian melalui Zoom dan Live dari Facebook rasmi Klik Dengan Bijak bermula dari pukul 2 petang. Terdapat banyak input yang dikongsi bersama antaranya ialah perkongsian bersama dengan Cik Aleysha yang merupakan ikon inovasi untuk belia wanita. Selain itu, perkongsian bersama dengan ASP Siti Baizura yang merupakan ASP Siasatan Forensik Digital berkongsi tentang keselamatan siber yang perlu dititik berat. Forum tersebut tamat pada pukul 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: