Kelas Asas Keusahawanan (Platform Shopee)

28 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Keusahawanan (Platform Shopee) diadakan pada hari Ahad, 27 Mac 2022. Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tempatan tentang cara mendaftar akaun Shopee untuk perniagaan, membuat tetapan pada kedai Shopee, tetapan pada penghantaran, kemas kini maklumat bank dan memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee.

Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 2 jam ini bermula dari pukul 11.00 pagi disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut, staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara mendaftar akaun Shopee untuk tujuan perniagaan. Usahawan juga turut dibimbing untuk mengemaskini tetapan penghantaran yang merangkumi alamat penjual. Kemudian, staf PEDi turut membimbing usahawan untuk membuat variasi produk jualan dan cara memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee. Usahawan turut dibimbing tentang cara untuk memohon tetapan penghantaran Non-Shopee Supported Logistic Shipping (Non SSL). Kelas tamat pada pukul 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali