Webinar Shopee x MCMC - Penjual Baru: Keusahawanan 101

25 November 2022 | Aktiviti Terkini

Webinar Shopee dengan kerjasama MCMC yang bertajuk Penjual Baru: Keusahawanan 101 diadakan pada hari Khamis, 24 November 2022. Webinar ini merupakan salah satu program Pupuk@Shopee Campaign yang bertujuan melatih dan membimbing staf PEDi yang terdiri daripada pengurus, penolong pengurus dan rakan digital dalam pemasaran digital.

Webinar yang berlangsung secara online melalui aplikasi livestorm tersebut diadakan selama 3 jam bermula dari pukul 9.30 pagi disertai oleh semua staf PEDi seluruh Malaysia. Webinar tersebut dikelolakan oleh seorang Coach Shopee iaitu Coach Ira Aziz yang merupakan pelatih bagi perniagaan secara digital. Terdapat 6 topik yang dijelaskan oleh Coach Ira yang merangkumi topik perundangan perniagaan, bisnes model canvas, asas pengurusan perniagaan, pemasaran tradisional, digital dan saluran pengedaran, pengurusan operasi perniagaan dan pengurusan kewangan. Webinar tersebut memberi banyak ilmu dan pengetahuan yang baharu yang sangat bermanfaat untuk digunapakai oleh semua staf PEDi dalam membantu usahawan tempatan. Webinar tersebut tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali