Kelas Asas Microsoft PowerPoint (Penanda Buku) & Advokasi KDB
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft PowerPoint (Penanda Buku) dan Advokasi KDB diadakan pada hari Sabtu, 22 Januari 2022. Kelas tersebut diadakan bagi membantu pengguna menghasilkan penanda buku mengikut kreativiti dengan menggunakan PowerPoint dan advokasi KDB berkaitan pengantunan kanak-kanak.
Kelas Asas Microsoft PowerPoint (Penanda Buku) dan Advokasi KDB yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan berjalan selama 1 jam ini bermula dari pukul 2.30 petang disertai oleh 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas dimulai dengan menerangkan secara ringkas mengenai fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft PowerPoint. Staf PEDi kemudian memberi tunjuk ajar cara menghasilkan penanda buku dengan membantu pelajar memilih bentuk yang sesuai dan cara menghias penanda buku mengikut kreativiti pelajar. Selain itu, staf turut menerangkan secara ringkas mengenai advokasi pengantunan kanak-kanak dan mengajar pengguna contoh pengantunan dan cara mengelak dari menjadi mangsa pengantunan. Kelas tamat pada pukul 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: