Kelas Laman Web (SPA9 & E-recruitment)

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Laman Web (SPA9 & E-recruitment) diadakan pada hari Jumaat, 21 Januari 2022. Kelas Laman Web (SPA9 & E-recruitment) ini diadakan bagi membantu pengguna mengemaskini permohonan jawatan kosong yang terdapat dalam SPA9 dan laman E-recruitment.

Kelas Laman Web (SPA9 & E-recruitment) yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, dilakukan secara bersemuka dan juga melalui Google Meet , selama 1 jam 15 minit ini bermula dari pukul 3.30 petang disertai oleh 2 orang dewasa. Kelas dimulai dengan menerangkan secara ringkas mengenai laman web SPA9 dan E-recruitment kepada pengguna. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar cara mengisi maklumat-maklumat penting dan cara mengemaskini permohonan jawatan kosong. Kelas tamat pada pukul 4.45 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali