Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce /Shopee)
21 November 2022 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) diadakan pada hari Ahad, 20 November 2022. Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) ini diadakan bagi memberi bimbingan kepada usahawan tempatan cara untuk membuka akaun perniagaan atas talian (Shopee).
Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam setengah ini bermula dari pukul 2.00 petang disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara untuk mendaftar akaun perniagaan dalam Shopee terlebih dahulu. Seterusnya staf membantu usahawan cara-cara mengemaskini akaun perniagaan, seperti profile kedai shopee dan maklumat bank yang akan digunakan untuk kedai shopee mereka.
Selain itu, staf PEDi juga menunjukkan cara untuk memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee sekaligus cara-cara mengemaskini harga, variasi produk dan lain-lain. Sebelum kelas berakhir, staf PEDi juga memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara- cara untuk mengemaskini kedai shopee mengunakan telefon bimbit. Kelas tamat pada pukul 3.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: