Program Advokasi Klik Dengan Bijak PEDi Kluster Lundu Bersama SMK Senibong (Siri II)

22 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi Klik Dengan Bijak ini PEDi Kluster Lundu bersama SMK Senibong diadakan pada hari Jumaat, 21 Oktober 2022. Program advokasi ini merupakan kesinambungan program advokasi Siri I yang turut diadakan di SMK Senibong sebelum ini. Advokasi tersebut merupakan kerjasama antara PEDi Kluster Lundu yang terdiri daripada PEDi Kg Pandan, PEDi Kg Stungkor, PEDi Kg Tanah Hitam, PEDi Kg Sampadi, PEDi Kg Biawak dan PEDi Lundu bersama dengan murid dan guru SMK Senibong.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid dan kreativiti serta inovasi murid, selain perkongsian pintar pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, program tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan dan sekali gus mendedahkan murid untuk menggunakan aplikasi pembelajaran digital.

Advokasi yang berlangsung di SMK Senibong selama 3 jam bermula dari pukul 9.00 pagi ini disertai oleh 130 orang pelajar Tingkatan 3. Program dimulai dengan pengenalan PEDi oleh staf PEDi Kg Sampadi. Program seterusnya diteruskan dengan kuiz Klik Dengan Bijak menggunakan aplikasi Kahoot. Seterusnya, aktiviti “Pirates of PEDi” dilaksanakan dengan setiap pelajar dibahagikan mengikut kumpulan. Aktiviti tersebut bertujuan untuk membimbing pelajar tentang cara berfikir secara teliti dan kerjasama antara kumpulan. Kumpulan yang memenangi aktiviti tersebut menerima hadiah yang telah disediakan oleh staf PEDi. Program tersebut tamat dengan jayanya pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali