Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce /Shopee)

20 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) diadakan pada hari Ahad, 19 Jun 2022. Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) ini diadakan bagi memberi bimbingan kepada usahawan tempatan cara untuk membuka akaun perniagaan atas talian (Shopee).

Kelas Asas Keusahawanan (Platform E-Commerce/Shopee) yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam setengah ini bermula dari pukul 2.30 petang disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara untuk mendaftar akaun perniagaan dalam Shopee dan membantu usahawan cara-cara mengemaskini akaun perniagaan. Selain itu, staf PEDi juga menunjukkan cara untuk memuat naik gambar produk jualan ke platform Shopee dan cara menulis deskripsi produk jualan. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali