Advokasi Klik Dengan Bijak (Berita Palsu)
19 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniAdvokasi Klik Dengan Bijak (Berita Palsu) ini diadakan pada hari Jumaat, 18 Mac 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran pengguna berkaitan dengan cara mengenal pasti berita palsu dan langkah-langkah bagi membendung berita palsu.
Advokasi yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 3.30 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Menengah. Advokasi dimulai dengan staf PEDi menunjukkan video yang terdapat di laman Youtube berkaitan dengan penyebaran berita palsu di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Pengguna dijelaskan mengenai cara mengenal pasti berita palsu dengan cara pertimbangkan sumber berita dan baca berita dengan teliti. Selain itu, staf PEDi turut menjelaskan langkah untuk membendung penyebaran berita palsu dan salah satunya melalui semak dahulu kesahihan berita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi sesuatu berita. Advokasi tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: