Advokasi Klik Dengan Bijak (Kesan Buli Siber)
18 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniAdvokasi Klik Dengan Bijak (Kesan Buli Siber) ini diadakan pada hari Isnin, 17 Januari 2022. Kelas tersebut merupakan kesinambungan kelas Advokasi KDB yang lalu dan diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai kesan buli siber terhadap mangsa buli.
Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 3 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar dijelaskan mengenai kesan-kesan buruk buli siber terhadap mangsa yang dibuli dan cara mencegah dari berlakunya buli siber.Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: