Kursus Latihan Pengendali Makanan

17 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Kursus Latihan Pengendali Makanan ini diadakan pada hari Ahad, 16 Oktober 2022. Latihan Pengendalian Makanan ini merupakan program kolaborasi antara PEDi Kg Pandan dan NZ Bunga Venture yang merupakan tenaga pengajar untuk latihan tersebut. Latihan tersebut diadakan bertujuan untuk mendedahkan usahawan tentang tatacara pengendalian makanan yang bersih dan tepat. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi sijil pengendali makanan yang sah kepada usahawan yang merupakan suatu lesen wajib yang diperlukan oleh seseorang pengendali makanan.

Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada usahawan makanan dan pengusaha kedai makanan menyertai kursus tersebut. Kursus yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan bermula dari pukul 9.30 pagi menerusi aplikasi Zoom. Sepanjang tempoh kursus tersebut, para peserta perlu melengkapkan beberapa kuiz yang diberi oleh tenaga pengajar untuk diselesaikan berdasarkan modul yang telah diajar bagi membolehkan peserta untuk mendapat sijil pada akhir kursus nanti. Peserta turut dipertontonkan tayangan video tentang tatacara pengendalian makanan yang salah. Semua peserta berasa teruja kerana berjaya menyelesaikan kuiz yang telah disediakan. Kursus tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali