Tutorial Asas Microsoft Excel 1 (Sum & Average)

18 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Tutorial asas Microsoft Excel atas talian ini dijalankan pada hari Khamis, 17 Mac 2022. Tutorial tersebut diadakan bagi memberi tunjuk ajar tentang asas penggunaan formula iaitu pengiraan “Sum” dan “Average” data yang terdapat dalam Microsoft Excel.

Tutorial tersebut dikongsikan oleh staf PEDi ke media sosial rasmi Facebook dan Instagram Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan. Dalam tutorial tersebut, staf PEDi menunjukkan cara memasukkan dan menggunakan formula asas iaitu formula “Sum” dan “Average” data untuk mengira sesuatu data mengikut kategori data. Staf PEDi turut menunjukkan cara untuk memilih dan membuat carta yang sesuai berdasarkan data yang telah dikira menggunakan formula yang terdapat dalam Microsoft Excel. Tutorial asas Microsoft Excel yang kedua akan menyusul pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali