Permohonan Geran Go Digital Sarawak
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniBimbingan permohonan Geran Go Digital Sarawak ini diadakan pada hari Ahad, 17 April 2022. Go Digital Sarawak merupakan salah satu geran pendigitalan khas bagi Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) negeri Sarawak.
Go Digital Sarawak merupakan inisiatif dan usaha oleh Timbalan Premier Sarawak, iaitu Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan. Menerusi geran Go Digital Sarawak, usahawan PKS dapat memohon bantuan seperti komputer riba, kamera dan tablet bagi mendigitalkan perniagaan mereka. Bimbingan Geran Go Digital Sarawak yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam 30 minit ini bermula dari pukul 10.00 pagi disertai oleh 1 orang dewasa iaitu salah seorang usahawan yang berdaftar dengan PEDi Kg Pandan. Usahawan tersebut telah dibimbing oleh staf PEDi Kg Pandan tentang cara mengisi dan melengkapkan permohonan bagi geran Go Digital Sarawak. Selain itu, staf PEDi turut memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: