Kelas Usahawan (Logo Perniagaan)

18 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Usahawan (Logo Perniagaan) ini diadakan pada hari Ahad, 17 April 2022. Kelas ini diadakan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada usahawan tempatan dalam menghasilkan logo perniagaan sendiri menggunakan aplikasi Canva.

Kelas Usahawan (Logo Perniagaan) yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam 30 minit ini bermula dari pukul 9.00 pagi disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara memilih logo templat yang terdapat dalam aplikasi canva. Usahawan turut dibimbing dalam mengedit gambar dan fon tulisan yang terdapat pada logo templat mengikut kreativiti usahawan dan juga kesesuaian produk jualan. Selain itu, staf PEDi turut memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara untuk mencetak stiker produk jualan mengikut saiz yang bersesuaian dengan produk jualan. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali