Kelas ICT (Sampul Duit Raya)

18 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT (Sampul Duit Raya) diadakan pada hari Ahad, 17 April 2022. Kelas ICT (Sampul Duit Raya) ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membimbing murid sekolah tentang cara mudah membuat sampul duit raya mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing. Kelas membuat sampul duit raya ini diadakan dengan menggunakan aplikasi pengeditan Canva.

Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 2.00 petang, disertai oleh 2 orang murid sekolah rendah. Kelas dimulai dengan menerangkan cara-cara untuk membuat asas sampul duit raya mengikut saiz sampul yang sesuai. Kemudian, staf PEDi Kg Pandan menunjukkan cara untuk memilih warna untuk sampul duit raya. Staf PEDi turut menunjukkan langkah untuk mencari dan memilih gambar dan animasi yang sesuai untuk diletakkan pada sampul duit raya. Seterusnya, murid-murid dibimbing tentang cara untuk memuat turun sampul duit yang telah siap dan seterusnya dicetak oleh staf PEDi. Staf PEDi turut memberi tunjuk ajar untuk melipat sampul duit yang telah dicetak dengan kemas. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali