Kelas Keusahawanan Canva

14 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas keusahawanan Canva ini dijalankan pada hari Rabu, 13 April 2022. Kelas tersebut diadakan bagi memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada salah seorang usahawan PEDi Kg Pandan iaitu Puan Suzana tentang cara menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi Canva bagi mempromosikan produk jualan.

Kelas keusahawanan tersebut diadakan secara atas talian melalui medium Google Meet bersama-sama dengan staf PEDi Kg Pandan dan telah disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas tersebut, usahawan diberi tunjuk ajar tentang cara untuk memilih templat yang sesuai digunakan untuk meletakkan deskripsi produk jualan. Selain itu, usahawan turut dibimbing dalam mengedit templat yang telah dipilih seperti memasukkan gambar atau logo, cara memilih fon tulisan yang sesuai digunakan dan cara menulis deskripsi produk yang ringkas mengikut kesesuaian produk jualan. Usahawan turut dibimbing dalam menetapkan jenis fail yang sesuai di muat turun setelah selesai mengedit templat. Kelas keusahawanan tersebut tamat pada pukul 10:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali