Kelas Microsoft Words (Jadual Waktu)

16 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Words (Jadual Waktu) diadakan pada hari Sabtu, 15 Januari 2022. Kelas Asas Microsoft Words (Jadual Waktu) ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan asas berkaitan fungsi yang terdapat dalam Microsoft Words dan juga kreativiti para pelajar dalam penggunaan Microsoft Words.

Kelas Asas Microsoft Words (Jadual Waktu) yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pandan, selama 1 jam bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PEDi membimbing pelajar cara menghasilkan jadual waktu harian pelajar setiap hari menggunakan Microsoft Words mengikut kreativiti para pelajar. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali