Kelas ICT (Pengenalan Microsoft Powerpoint)

16 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Pengenalan Microsoft Powerpoint diadakan pada hari Jumaat, 16 Disember 2022. Kelas ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada para pengguna tentang Microsoft Powerpoint dan fungsi perisian tersebut.

Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 9.30 pagi, disertai oleh 6 orang pelajar sekolah. Kelas dimulai dengan pengenalan tentang Powerpoint oleh staf PEDi. Kemudian, staf PEDi menjelaskan tentang antaramuka (interface) yang terkandung dalam perisisan tersebut beserta setiap fungsinya. Staf PEDi kemudian membimbing para pelajar tentang cara-cara untuk memilih dan memuat turun gambar dari enjin carian (Google Search) untuk dimasukkan ke dalam slaid Powerpoint. Staf PEDi turut menunjukkan cara untuk membuat animasi kartun bergerak dalam Powerpoint dengan menggunakan fungsi yang terdapat dalam Powerpoint. Seterusnya, staf PEDi membimbing pengguna membuat animasi penuh dalam Powerpoint mengikut kreativiti masing-masing. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali