Advokasi Klik Dengan Bijak – Ketagihan Internet

16 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak, Ketagihan Internet ini diadakan pada hari Jumaat, 16 Disember 2022. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai kesan ketagihan internet dan cara untuk mengurangkan ketagihan internet terutamanya dalam kalangan remaja.

Advokasi yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 6 orang pelajar sekolah. Dalam advokasi tersebut, pelajar dipertontonkan satu tayangan video mengenai ketagihan internet yang merangkumi kesan dan cara efektif bagi mencegah ketagihan tersebut. Staf PEDi kemudian mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar mengenai kesan ketagihan internet. Staf PEDi turut menjelaskan lagi tentang cara yang efektif untuk mencegah ketagihan internet iaitu melalui kawalan efektif daripada ibu bapa dengan cara menyediakan jadual had masa penggunaan internet. Advokasi tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali