Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (Tidak Pasti Jangan Kongsi!)

16 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 9 Jun 2022 sehingga 13 Jun 2022. Kuiz tersebut dijalankan bertujuan untuk meningkatkan dan menyebarkan kesedaran dan pengetahuan para pengguna internet mengenai penyebaran berita tidak sahih dan palsu yang berlaku di internet seperti di media sosial.

Kuiz advokasi tersebut berlangsung secara atas talian menerusi pautan Google Form yang telah dikongsi di laman Facebook rasmi PEDi Kg Pandan dan telah dijawab oleh seramai 4 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 19 tahun sehingga 55 tahun. Terdapat 5 soalan berbentuk objektif dan struktur di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan penyebaran maklumat palsu, cara menentusahkan maklumat yang diperolehi, penerangan mengenai risiko mengisi pautan daripada sumber yang meragukan dan pendapat individu berkaitan dengan cara mengelakkan diri daripada menyebarkan atau berkongsi maklumat atau berita palsu. Soalan yang disoal adalah berdasarkan dua klip video yang disertakan dalam kuiz tersebut sebagai rujukan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali