Kelas ICT (Pengenalan Microsoft Word) & Klik Dengan Bijak
16 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT (Pengenalan Microsoft Word) dan Klik Dengan Bijak diadakan pada hari Khamis, 15 Disember 2022. Kelas dan advokasi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Microsoft Word, asas dalam menggunakan perisian tersebut dan juga advokasi bersama dengan pengguna.
Kelas dan advokasi yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 9.00 pagi, disertai oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Kelas dimulai dengan memberi penerangan mengenai aplikasi Word di mana ia merupakan program yang direka untuk memudahkan dan membantu pengguna dalam melakukan tugasan harian seperti menaip. Staf PEDi kemudian membimbing pengguna untuk mengenali antaramuka dalam Microsft Word beserta fungsi masing-masing. Setelah selesai penerangan, staf PEDi turut membimbing para pengguna tentang cara menggunakan tetikus dengan mengadakan latihan menggunakan tetikus bersama para pelajar. Selain dari latihan menggunakan tetikus, staf PEDi turut memberi panduan kepada pelajar tentang penggunaan keyboard. Semua pelajar dibimbing dalam latihan menaip dengan menggunakan laman web 10 fast fingers sebagai medium latihan untuk menaip. Semua pelajar berasa teruja dalam latihan tersebut.
Setelah selesai Kelas ICT, staf PEDi kemudian mengadakan advokasi Klik Dengan Bijak. Advokasi tersebut merangkumi tontonan video Klik Dengan Bijak. Semua pelajar seterusnya dibimbing untuk menjawab kuiz Klik Dengan Bijak menggunakan Kahoot. Kelas dan advokasi tersebut tamat pada pukul 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: