Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak - Penipuan Dalam Talian

15 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 12 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022. Kuiz tersebut dijalankan bertujuan untuk meningkatkan dan menyebarkan kesedaran dan pengetahuan para pengguna internet mengenai kes penipuan yang berlaku dalam talian seperti love scam, macau scam, penipuan pelaburan dan seumpamanya.

Kuiz advokasi tersebut berlangsung secara atas talian menerusi pautan Quizziz yang telah dikongsi di laman Facebook rasmi PEDi Kg Pandan dan telah dijawab oleh seramai 16 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 19 tahun sehingga 35 tahun. Terdapat 11 soalan berbentuk objektif di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan cara untuk menyemak transaksi, cara untuk memelihara data peribadi dan memastikan keselamatan akaun perbankan dan cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan dalam talian. Seramai 7 daripada 16 orang peserta yang mengikuti kuiz tersebut berjaya menjawab dengan tepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali