Kelas ICT (Surat Rasmi)
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ICT (Surat Rasmi) diadakan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022. Kelas ICT (Surat Rasmi) ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membimbing murid sekolah tentang cara-cara untuk membuat surat rasmi yang betul. Kelas membuat surat rasmi ini diadakan dengan menggunakan microsoft word.
Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam bermula dari pukul 3.30 petang, disertai oleh 1 orang murid sekolah rendah. Kelas dimulai dengan menerangkan format untuk surat rasmi. Kemudian, staf PEDi Kg Pandan menunjukkan cara untuk membuat surat rasmi yang betul mengikut format. Staf PEDi turut membimbing pelajar untuk mengunakan ayat yang sesuai untuk surat rasmi. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: