Kelas Laman Web (Wordwall)

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Laman Web aplikasi Wordwall ini diadakan pada hari Sabtu 11 Jun 2022. Kelas Laman Web aplikasi Wordwall tersebut diadakan bagi mendedahkan dan membimbing pengguna terutamanya murid sekolah tentang cara mengakses aplikasi Wordwall.

Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam setengah bermula dari pukul 10.30 pagi disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah. Pengguna dibimbing tentang cara mengakses aplikasi Wordwall. Aplikasi Wordwall merupakan suatu aplikasi interaktif di mana para pengguna bermain permainan secara atas talian sambil menjawab soalan yang terdapat di aplikasi tersebut seperti soalan padankan gambar dan perkataan yang betul. Aplikasi ini merupakan suatu aplikasi yang sangat membantu pelajar untuk lebih memahami sesuatu subjek dengan kaedah yang lebih menarik berbanding dengan hanya cara membaca dan merujuk buku. Dalam kelas tersebut, pengguna dibimbing tentang cara menjawab soalan yang dikemukakan dalam aplikasi tersebut secara pantas dan tepat sebelum masa untuk menjawab tamat. Kelas tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali