Kelas Canva dan Advokasi Klik Dengan Bijak (Pengantunan Dalam Talian)

11 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas Canva iaitu kad ucapan digital dan advokasi pengantunan dalam talian ini diadakan pada hari Jumaat 10 Jun 2022. Kelas Canva tersebut diadakan bagi membimbing dan mengajar pengguna tentang cara mengakses Canva dan pengetahuan tentang asas penggunaan aplikasi Canva.

Kelas yang berlangsung di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 2.30 petang disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah. Pengguna dibimbing tentang cara mengakses aplikasi Canva. Seterusnya, pengguna diberi tunjuk ajar tentang cara memilih templat video kad ucapan yang bersesuaian mengikut tema yang telah diberikan. Staf PEDi turut membimbing pengguna tentang cara memasukkan grafik, stiker dan lagu yang bersesuaian ke dalam kad digital yang dihasilkan oleh pengguna. Setelah itu, kelas diteruskan dengan advokasi klik dengan bijak dengan tajuk pengantunan dalam talian. Staf PEDi menjelaskan maksud pengantunan kanak-kanak yang banyak berlaku dalam talian. Kemudian, pengguna turut dipertontonkan video berkaitan tentang contoh pengantunan dalam talian yang mungkin berlaku dan cara pencegahan perkara tersebut. Kelas tamat pada pukul 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali