Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

13 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber) ini diadakan pada hari Rabu 12 Januari 2022. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna mengenai ciri-ciri buli siber dan cara mencegah buli siber dalam dunia siber.

Kelas yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pandan selama 30 minit bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah. Pelajar dijelaskan mengenai maksud buli siber, ciri-ciri buli siber dan cara mencegah buli siber dari berlaku. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali