Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)

9 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini diadakan bermula dari 7 Februari 2022 sehingga 8 Februari 2022. Kuiz tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna mengenai penyebaran maklumat palsu dan juga buli siber di media sosial dan internet.

Kuiz advokasi berlangsung secara atas talian menerusi platform Quizizz dan telah dijawab oleh seramai 9 orang responden yang terdiri daripada mereka yang berumur 24 tahun sehingga 60 tahun. Terdapat 10 soalan di dalam kuiz tersebut yang merangkumi soalan berkaitan dengan maklumat palsu, buli siber dan pengetahuan mengenai keselamatan internet. Setiap soalan mempunyai markah dan peserta yang mendapat markah tertinggi diberikan sagu hati.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali