Program Advokasi Klik Dengan Bijak PEDi Kluster Lundu bersama SK Biawak

10 November 2022 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi Klik Dengan Bijak ini PEDi Kluster Lundu bersama SK Biawak diadakan pada hari Rabu, 9 November 2022. Advokasi tersebut merupakan kerjasama antara PEDi Kluster Lundu yang terdiri daripada PEDi Kg Pandan, PEDi Kg Stungkor, PEDi Kg Tanah Hitam, PEDi Kg Sampadi, PEDi Kg Biawak dan PEDi Lundu bersama dengan murid dan guru SK Biawak, Lundu.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid dan kreativiti serta inovasi murid, selain perkongsian pintar pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, program tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan dan sekali gus mendedahkan murid untuk menggunakan aplikasi pembelajaran digital.

Advokasi yang berlangsung di SMK Senibong selama 3 jam bermula dari pukul 9.00 pagi ini disertai oleh 66 orang pelajar Tahap 2 yang terdiri daripada Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Program dimulai dengan pengenalan PEDi oleh staf PEDi Kg Biawak. Program seterusnya diteruskan dengan pengenalan program e-tuisyen oleh staf PEDi Kg Tanah Hitam. Program seterusnya diteruskan dengan advokasi Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh staf PEDi Kg Biawak. Semasa advokasi tersebut berlangsung, semua murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti pembentangan Advokasi Klik Dengan Bijak. Aktiviti tersebut bertujuan untuk membimbing pelajar tentang cara berfikir secara teliti dan kerjasama antara kumpulan. Kumpulan yang memenangi aktiviti tersebut menerima hadiah yang telah disediakan oleh staf PEDi. Program tersebut tamat dengan jayanya pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali