Kelas Asas Microsoft Word

19 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word ini diadakan pada hari Selasa 18 Mei 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran asas pelajar dalam penggunaan Microsoft Word. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 9.00 pagi ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan mengajar kemahiran asas dan menerangkan ciri-ciri atau fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word kepada pelajar tersebut. Pelajar turut diberi tunjuk ajar cara menghasilkan jadual waktu kelas atau pembelajaran sekolah menggunakan Microsoft Word. Kelas tersebut tamat pada pukul 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali