Kelas Microsoft Office (Word)

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Office (Word) ini diadakan pada hari Sabtu 10 April 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menggunakan perisian Microsoft Word. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Rendah.

Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara menghasilkan jadual atau kotak tulisan serta cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word bagi tujuan tugasan sekolah mereka. Staf turut mengajar pelajar cara memuat turun dan memuat naik gambar di dalam Microsoft Word. Kelas tersebut tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali