Kelas Laman Web

10 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Laman Web ini diadakan pada hari Jumaat 9 April 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu dan mengajar pengguna mengakses laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan ujian atas talian. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi ini disertai oleh 1 orang remaja.

Dalam kelas berikut staf PIK memberikan tunjuk ajar kepada pengguna tentang cara mengakses dan log masuk ke laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Staf turut membantu pengguna mengakses ujian yang beliau perlu lakukan secara atas talian. Pengguna kemudian menduduki ujian tersebut menggunakan fasiliti yang disediakan oleh Pusat Internet Komuniti Kg Pandan. Kelas tersebut tamat pada pukul 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali