Kelas Asas ICT (Panggilan Video)

12 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Panggilan Video) ini diadakan pada hari Ahad 11 April 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pelajar mengenai panggilan video menerusi Internet dan komputer yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 3.00 petang ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar cara membuat panggilan video menggunakan Internet dan komputer. Pelajar turut didedahkan dengan beberapa laman web di Internet yang boleh digunakan untuk membuat panggilan video dan mereka diterangkan secara ringkas tentang latar belakang serta fungsi-fungsi setiap laman web atau perisisan berikut. Kelas tersebut tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali