Advokasi Klik Dengan Bijak (Sebenarnya.my)

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Sebenarnya.my) ini diadakan pada hari Sabtu 10 April 2021. Advokasi tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pengguna dalam penyalahgunaan Internet dalam penyebaran berita palsu dan bagi mendedahkan pengguna dengan portal Sebenarnya.my. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 3.00 petang ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah.

Dalam kelas berikut staf PIK Kg Pandan menerangkan kepada pengguna mengenai portal Sebenarnya.my, seperti latar belakang portal, kandungan yang terdapat dalam portal, fungsi portal, cara melaporkan berita palsu menerusi portal dan contoh-contoh berita palsu yang terdapat di dalam portal tersebut. Pengguna turut diberikan penerangan mengenai penyalahgunaan Internet dalam penyebaran berita palsu dan mereka dijelaskan mengenai kempen “Tak Pasti, Jangan Kongsi” dan “Kebebasan Bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong.” Kelas tersebut tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali