Advokasi Klik Dengan Bijak (Penipuan Kewangan)

11 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak (Penipuan Kewangan) ini diadakan pada hari Khamis 10 Jun 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pengguna tentang penipuan kewangan melibatkan rangkaian internet. Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit ini bermula daripada pukul 2.30 petang. Kelas ini disertai oleh seorang pengguna dewasa dan seorang pelajar Sekolah Rendah. Pengguna dijelaskan tentang definasi penipuan kewangan di internet, jenis-jenis penipuan kewangan, dan cara-cara mengatasi masalah penipuan kewangan dalam talian. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali