Kelas Resume (Canva)

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Resume (Canva) ini diadakan pada hari Sabtu 12 Jun 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan Canva dan membantu pengguna dalam penghasilan resume. Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 2 jam ini bermula daripada pukul 2.30 petang. Kelas ini disertai oleh seorang pengguna remaja. Pengguna terlebih dahulu diterangkan mengenai resume dan contoh resume yang baik. Kemudian pengguna diberi tunjuk ajar dalam menghasilkan resume menggunakan templat yang terdapat di dalam laman web Canva. Pengguna turut diterangkan mengenai fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Canva dan cara mengedit templat resume. Staf juga menerangkan mengenai maklumat-maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam resume. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali