Bual Bicara Pendaftaran Vaksinasi

20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bual bicara pendaftaran vaksinasi ini diadakan pada hari Sabtu 19 Jun 2021. Bual bicara tersebut diadakan bagi memberikan sedikit perkongsian tentang cara-cara mendaftarkan diri untuk program vaksinasi secara atas talian menerusi laman sesawang vaksincovid.gov.my. Bual bicara yang berlangsung secara atas talian selama 30 minit bermula dari pukul 8.30 pagi ini adalah hasil kerjasama daripada 2 buah Pusat Internet Komuniti. Dalam bual bicara berikut staf-staf PIK yang terlibat berkongsi cara mendaftar secara atas talian untuk vaksinasi dan juga cara menyemak pendaftaran vaksinasi. Bual bicara ini tamat pada pukul 9.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali