Kelas E-Learning (Powtoon)

22 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (Powtoon) ini diadakan pada hari Ahad 21 Mac 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahun asas dan kemahiran pelajar dalam penggunaan perisian atas talian Powtoon bagi tujuan pembelajaran dan tugasan Sekolah. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 2 jam bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Menengah.

Staf PIK memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara-cara menghasilkan pembentangan menggunakan Powtoon. Pelajar diajar cara-cara mendaftar Powtoon, menggunakan ciri-ciri atau fungsi yang terdapat di Powtoon, cara menghasilkan pembentangan yang menarik dan cara memuat turun video pembentangan yang dihasilkan melalui Powtoon. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali