Kelas Laman Web (PERKESO Pemulih)

24 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Laman Web (PERKESO Pemulih) ini diadakan pada hari Selasa 23 November 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu dan membimbing pengguna mendaftar ke laman web PERKESO Pemulih. Kelas yang berlansung di PEDi Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 11.30 pagi ini disertai oleh 1 orang dewasa. Kelas dimulai dengan menerangkan secara ringkas mengenai laman web PERKESO Pemulih kepada pengguna. Staf kemudian memberi tunjuk ajar cara membuat pendaftaran dan cara memasukkan maklumat pengguna ke dalam laman web tersebut. Staf turut menerangkan kepada pengguna fungsi-fungsi yang terdapat di dalam laman web tersebut dan antara bantuan yang boleh di mohon oleh pengguna melalui laman web tersebut. Kelas tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali