Kelas E-Learning (PDPR)

19 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (PDPR) ini berlangsung pada hari Selasa 18 Mei 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu pelajar dalam pembelajaran sekolah secara atas talian (PDPR). Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK membantu dan mengajar pelajar dalam pembelajaran atas talian dengan menggunakan komputer. Staf turut mengajar pelajar cara-cara mencari maklumat serta rujukan tentang tugasannya melalui Internet. Pelajar turut diberi tunjuk ajar cara mengakses pautan pembelajaran yang dikongsi oleh guru menggunakan Internet. Kelas tersebut tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali