Tutorial Cara Menggunakan PDFescape

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Tutorial cara menggunakan PDFescape atas talian ini dibuat bagi berkongsi cara menggunakan PDFescape bagi menyunting dokumen berformat “Portable Document Format (PDF)”. Tutorial tersebut dikongsikan oleh staf PIK ke media sosial rasmi Pusat Internet Komuniti Kg Pandan. Dalam tutorial tersebut pengguna diterangkan mengenai fungsi-fungsi asas yang terdapat pada PDFescape. Kemudian pengguna ditunjukkan cara menggunakan setiap fungsi yang ada di PDFescape seperti cara memasukkan teks, gambar, memo, kotak tambahan, dan cara mengedit halaman muka surat. Pengguna turut diberikan tutorial tambahan iaitu cara memasukkan gambar tandatangan ke dalam fail berformat PDF. Pengguna turut diajar cara menyimpan dokumen yang telah selesai disunting.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali