Kelas Multimedia (Logo) dan Advokasi KDB

25 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia (Logo) dan Advokasi Klik Dengan Bijak ini diadakan pada hari Selasa, 24 Februari 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam penghasilan produk kreatif dan bagi meningkatkan kesedaran mengenai ICT serta Internet. Kelas tersebut berlansung secara atas talian (Google Meet) di Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 3.30 petang ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK memberikan tunjuk ajar kepada pelajar kemahiran asas menghasilkan logo menggunakan Microsoft Word kemudian staf PIK menerangkan topik Advokasi KDB mengenai hak cipta dan keselamatan Internet. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali