Kelas E-Learning Atas Talian (Pendidikan Islam Tahun 1)

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning atas talian ini diadakan pada hari Jumaat 22 Oktober 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan asas dan kemahiran pelajar dalam penggunaan laman web secara atas talian. Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 30 minit bermula dari pukul 11.00 pagi ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Staf PIK menjelaskan kepada pelajar tentang laman web yang boleh dilayari bagi membantu pelajar untuk membuat ulang kaji pelajaran, contohnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Staf PIK mengajar pelajar cara mengakses laman web untuk dijadikan rujukan seperti YouTube dan carian Google. Kemudian staf membimbing pelajar cara menaip kata kunci untuk membuat carian di internet. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali