Kelas Asas ICT (Emel)

19 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Emel) diadakan pada hari, Isnin 18 Januari 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu para pelajar menghasilkan akaun emel dan meningkatkan pengetahuan asas penggunaan Emel bagi tujuan pembelajaran. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan, selama 30 minit bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 3 orang pelajar Sekolah Rendah.

Dalam kelas berikut staf PIK memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang cara menghasilkan akaun emel (Gmail) dan cara-cara untuk menggunakan emel bagi tujuan pembelajaran. Kelas tamat pada pukul 2.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali