Kelas Asas ICT (Internet dan Emel)

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Internet dan Emel) diadakan pada hari, Selasa 19 Januari 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu meningkatkan kemahiran pengguna dalam penggunaan Internet dan Emel bagi urusan permohonan kerjaya. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan, selama 2 jam ini bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 2 orang pengguna dewasa.

Dalam kelas berikut staf PIK memberi tunjuk ajar kepada pengguna cara menggunakan Internet bagi tujuan mencari peluang pekerjaan atau kekosongan kerja. Pengguna turut diberikan tunjuk ajar mengenai cara untuk memohon pekerjaan menggunakan Emel dan cara menghasilkan emel formal atau professional mengikut templat emel yang betul. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali