Kelas E-Learning (Akses Pembelajaran)

8 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas E-Learning (akses pembelajaran) ini diadakan pada hari Ahad 7 Mac 2021. Kelas tersebut diadakan bagi membantu dan mengajar pelajar cara mengakses pembelajaran atas talian menggunakan komputer dan Google. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara mengakses pembelajaran menggunakan Komputer dan Internet. Staf turut mengajar pelajar cara memuat turun dan memuat naik dokumen pembelajaran menggunakan Google dan WhatsApp Web. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali