Advokasi Klik Dengan Bijak (Keselamatan Internet)

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bual bicara Advokasi Klik Dengan Bijak ini diadakan pada hari Khamis 24 Jun 2021. Bual bicara tersebut diadakan bagi membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang keselamatan dunia siber. Bual bicara yang berlangsung secara atas talian selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 10.00 pagi ini adalah hasil kerjasama daripada 6 buah Pusat Internet Komuniti. Dalam bual bicara berikut staf-staf PIK yang terlibat memberikan penerangan mengenai 6 topik iaitu buli siber, sexting, pengantunan dalam talian, maklumat palsu, perkongsian secara berlebihan dan panggilan palsu. Bual bicara tamat pada pukul 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali