Kelas Asas Internet (Terjemahan Google)

16 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet (Terjemahan Google) ini diadakan pada hari Isnin 15 Mac 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahun asas dan kemahiran para pelajar dalam menggunakan Terjemahan Google bagi membolehkan mereka menggunakan platform berikut dalam pembelajaran. Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 3.00 petang ini disertai oleh 5 orang pelajar Sekolah Rendah.

Staf PIK menjelaskan kepada para pelajar mengenai maklumat asas Terjemahan Google, ciri-cirinya serta cara penggunaan. Kemudian pelajar diberikan contoh-contoh ayat untuk diterjemahkan menggunakan Terjemahan Google. Pelajar turut diajar cara menterjemah artikel berita, bahan bacaan serta pembelajaran menggunakan Terjemahan Google, seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali