Kelas Asas Internet (Enjin Carian dan Terjemahan Google)

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet (Enjin Carian dan terjemahan Google) ini diadakan pada hari Sabtu 13 Mac 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahuan pengguna tentang variasi enjin carian yang terdapat di dalam Internet. Kelas yang berlansung secara atas talian melalui Google Meet selama 2 jam bermula dari pukul 2.00 petang ini disertai oleh 3 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK menerangkan kepada pengguna tentang maklumat asas mengenai enjin carian, variasi enjin carian di Internet, dan perbezaan variasi enjin carian. Pengguna turut di ajar cara menggunakan terjemahan Google. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali