Kelas Asas ICT (Gmail)

29 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT (Emel) ini diadakan pada hari Ahad 28 Mac 2021. Kelas tersebut diadakan bagi meningkatkan pengetahun asas pengguna dalam penggunaan emel (Gmail). Kelas yang berlansung di Pusat Internet Komuniti Kg Pandan selama 1 jam bermula dari pukul 12.00 tengah hari ini disertai oleh 4 orang pelajar Sekolah Rendah. Staf PIK memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara-cara mengakses emel, Gmail. Kemudian pelajar turut diterangkan mengenai ke semua fungsi yang terdapat dalam Gmail. Mereka turut diberi tunjuk ajar tentang cara menghantar emel baharu, cara membuka peti emel, dan cara membalas emel yang diterima. Kelas tamat pada pukul 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali